sorry...lapis tak berapa sama hehe |
1 peket agar2 segera
1000ml air
250g gula
2 titik perisa ros
100ml susu (susu segar boleh, susu cair boleh)
- campurkan agar2 dengan air, masak di atas api sederhana hingga mendidih
- masukkan gula dan kacau sehingga larut, masukkan perisa ros dan masak sehingga mendidih
- perlahan kan api sehingga merenih, panas satu periuk kecil diatas api yg kecil
- ambil 400ml agar2 dan masukkan ke dalam periuk satu lagi dan campurkan dengan susu kacau sehingga sebati
- sediakan bekas kaca / loyang yang sederhana besar
- masukkan mana2 agar2 (kosong / susu, ikut suka mana dulu) selapis ukuran satu senduk sederhana, masukkan sebentar ke dalam peti sejuk untuk agak mengeras, jangan biar terlalu keras nanti lapis tidak melekat,
- cakar atau cucuk sedikit lapisan yang telah agak keras dengan garpu agar lapisan seterusnya boleh bercantum
- lapis sehingga habes dan sejukkan di dalam peti sejuk
Selamat mencuba ... :)
No comments:
Post a Comment