Showing posts with label mee kolok. Show all posts
Showing posts with label mee kolok. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Sempoi Mee Kolok (Sarawak delicacy)

Salam everyone,

Ni satu dish yg palign tak boleh resist tiap kali balik kampung suami di Miri. Memang sempoiiii & sedapppp! Cuma mee nye di Sarawak ja ada rasanya. Taktau lah di Ipoh ni ada ka dak tak pernah pulak nak pi cari :(. Apapun, ni resipinya yg modified sendiri mengikut rasa sendiri, tanya orang yg jual di sana sungguh tak mahu dikongsi :(. Ini telah di 'sahih'kan oleh suami ;). Kalau ada lagi kawan2 dari Sarawak yg tahu resipi sebenar, sudi-sudi share ya, TQ.

1.5 liter air
500gm daging lembu (saya guna daging yg telah dipotong nipis)

1 liter air
500gm mee kolok kering (di Sarawak ada jual yg basah/fresh)

5 ulas bawang putih, dihiris bulat2
1 cawan minyak masak

Kicap masin
Kicap Manis
Daun sup, dihiris

- rebus daging dalam 1.5 liter air
- setelah daging empuk, keluarkan daging dan toskan dan dihiris kecil2
- renehkan air rebusan daging

- goreng bawang putih didalam minyak sehingga kekuningan dan biarkan sejuk (jadi minyak bawang putih)

- didihkan 1 liter air di dalam periuk lain
- celurkan mee (yg dlm bentuk sanggul) sehingga agak lembut
- angkat dalam senduk tapis, masukkan sebentar dalam air rebusan daging, angkat dan toskan
- masukkan mee ke dalam mangkuk, gaul bersama kicap masin, kicap manis & minyak bawang putih (mengikut citarasa anda)
- masukkan ke dalam pinggan, taburkan daging yang telah dihiris berserta daun sup
- hidangkan dgn cili jeruk / sambal

Happy trying :)