Ni memang my favoriteee dish. Lama dah nak try buat sendiri tapi tak terbuat sampai khamis lepas ni puasa and ternampak kawan di ofis makan lunch. Terus cari recipe di internet and balik try. Modified sikit :). Walau kuah terpekat sebab telebih tepung jagung hehehe (nak cepat masa tu org dah nak azan), Alhamdulillah ok dan habes sefamily makan.
3 Sudu Besar Minyak
4 ulas Bawang Putih, dipotong dadu kecil2
500gm Kuey Tiaw (untuk goreng)
1 Sudu Besar Kicap Cair
3 ekor sotong putih, potong kecil2
10 ekor udang kipas sederhana
Sedikit isi ayam (guna isi dada didadu sederhana kecil)
Secubit garam & serbuk lada hitam
1 Sudu Besar Sos Tiram
500ml Air Stok Ayam
3 batang Sawi, dipotong
1 Sudu Besar Tepung Jagung, dibancuh dalam sedikit air
1 biji telur, dipukul sedikit
step 1:
- panaskan 1 sudu besar minyak
- tumiskan 1 ulas bawang putih yg telah di potong
- gaulkan kuey tiaw dgn kicap cair, dan goreng sebentar hingga lembut dan ada bahagian yg agak rangup
- angkat dan masukkan ke dalam mangkuk
step 2:
- panaskan minyak yg selebihnya
- tumis bawang putih yg selebihnya
- masukkan sotong, udang dan ayam, goreng sebentar sehingga sebati dan keluar air
- masukkan garam dan lada hitam diikuti dgn sos tiram, gaul sebati
- masukkan ari bancuhan stok ayam, kacau dan biarkan mendidih
- masukkan sayur sawi, kacau sehingga agak masak
- perlahan masukkan bancuhan tepung jagung ukt memekatkan kuah (ikut citarasa anda utk kepekatannya)
- setelah agak mendidih, tuangkan telur yg telah dipukul keliling ke dalam kuali dan gaul perlahan, dan tutup api
- tuangkan segera kuah ke atas kuey tiaw
- hidangkan dgn cili / cilipadi potong
Happy trying :)
Salam, welcome to my virtual cafe :). Its just a place for me to share my passion of cooking. I am no masterchef nor a trained kitchen hand, I'm just an exuberant lover of food who feels that cooking is one of the greatest gift from Allah that can entice feelings & emotions. I hope this cafe can be a place for you to share your passion, knowledge, thoughts about food & cooking, as well as a place of sharing good (even sad) times with others just like in an actual cafe.
Saturday, February 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment