Salam everyone,
Ni satu dish yg palign tak boleh resist tiap kali balik kampung suami di Miri. Memang sempoiiii & sedapppp! Cuma mee nye di Sarawak ja ada rasanya. Taktau lah di Ipoh ni ada ka dak tak pernah pulak nak pi cari :(. Apapun, ni resipinya yg modified sendiri mengikut rasa sendiri, tanya orang yg jual di sana sungguh tak mahu dikongsi :(. Ini telah di 'sahih'kan oleh suami ;). Kalau ada lagi kawan2 dari Sarawak yg tahu resipi sebenar, sudi-sudi share ya, TQ.
1.5 liter air
500gm daging lembu (saya guna daging yg telah dipotong nipis)
1 liter air
500gm mee kolok kering (di Sarawak ada jual yg basah/fresh)
5 ulas bawang putih, dihiris bulat2
1 cawan minyak masak
Kicap masin
Kicap Manis
Daun sup, dihiris
- rebus daging dalam 1.5 liter air
- setelah daging empuk, keluarkan daging dan toskan dan dihiris kecil2
- renehkan air rebusan daging
- goreng bawang putih didalam minyak sehingga kekuningan dan biarkan sejuk (jadi minyak bawang putih)
- didihkan 1 liter air di dalam periuk lain
- celurkan mee (yg dlm bentuk sanggul) sehingga agak lembut
- angkat dalam senduk tapis, masukkan sebentar dalam air rebusan daging, angkat dan toskan
- masukkan mee ke dalam mangkuk, gaul bersama kicap masin, kicap manis & minyak bawang putih (mengikut citarasa anda)
- masukkan ke dalam pinggan, taburkan daging yang telah dihiris berserta daun sup
- hidangkan dgn cili jeruk / sambal
Happy trying :)
Salam, welcome to my virtual cafe :). Its just a place for me to share my passion of cooking. I am no masterchef nor a trained kitchen hand, I'm just an exuberant lover of food who feels that cooking is one of the greatest gift from Allah that can entice feelings & emotions. I hope this cafe can be a place for you to share your passion, knowledge, thoughts about food & cooking, as well as a place of sharing good (even sad) times with others just like in an actual cafe.
No comments:
Post a Comment