Lama sungguh tak update blog. Niat di hati selalu nak update tapi peluang nak duduk depan pc ada ja halangan :(. Tp arini tekad jugak thru handphone ni. :). Ni ada cuba semalam buat kek ni hasil resipi dari Mak mentua. Maaf rupa kurang elok, saya budak baru belajar ;)
BAHAN A :
500gm mentega
250gm cream cheese
3 sudu makan susu pekat
2 sudu makan jus lemon
* 1 packet cheddar cheese - kraft (diparut, sekiranya mahu, saya tak pakai kalini)
BAHAN B :
15 biji kuning telur
5 biji putih telur
250gm tepung hongkong
5 sudu makan susu tepung
250gm gula kastor
50ml air sejuk
1 sudu makan ovallet
1 sudu teh baking powder
1 sudu the perisa coffee
1/2 sudu the pewarna brown
CARANYA :
1. Pukul semua BAHAN A hingga kembang dan ketepikan.
2. Pukul semua BAHAN B hingga kembang.
3. Masukkan adunan A ke dalam B dan gaul rata.
4. Bahagikan dua bahagian, satu bahagian di campur perisa kopi + pewarna brown. Guna senduk / sudu yang sama saiz utk setiap bahagian. Ceduk sama banyak untuk setiap lapis (cth: 3 senduk setiap lapis)
5. Bakar berlapis dalam acuan (8.5"x8.5"x3") pada suhu 230'c, diperkecilkan bila lapisan semakin tinggi (minimum 200'c). *PENTING: sentiasa awasi agar lapisan tidak terlalu garing.
6. Boleh ditabur keju parut jika suka diantara lapisan. Buat sehingga habis.
7. Setelah semua lapisan, masak, perlahankan suhu ke 180'c (atau bergantung kepada oven anda) dan bakar dgn api atas & bawah selama 10 minit untuk masak keseluruhan.
Happy trying...:)
Salam, welcome to my virtual cafe :). Its just a place for me to share my passion of cooking. I am no masterchef nor a trained kitchen hand, I'm just an exuberant lover of food who feels that cooking is one of the greatest gift from Allah that can entice feelings & emotions. I hope this cafe can be a place for you to share your passion, knowledge, thoughts about food & cooking, as well as a place of sharing good (even sad) times with others just like in an actual cafe.
No comments:
Post a Comment